Powered by Max Banner Ads 

Kelebihan Hari Jumaat

Kongsi Dengan Sahabat Anda!

     Kelebihan Hari JumaatImam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

    “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah.”

    Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk agama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”.

    Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pada mereka yang mempunyai isteri bersatu pada malam itu.

    Doa Antara Dua Khutbah
    Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

    Sedekah Pada Hari Jumaat
    Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

    Mati Pada Malam Jumaat
    Hadis nabi “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur”.

    Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
    Nabi bersabda “Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya”.

    Berjalan ke masjid – adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jalan yang dekat – Imam Al-Ghazzali.

    Selawat
    Sabda nabi “Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

    Mandi dan Pakaian
    Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

    Memotong Kuku
    Ibn Masud berkata “Mereka yg memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.



    ** Iklan Teks Disini **



     Kelebihan Hari Jumaat

    lrc468x60 1 Kelebihan Hari Jumaat Kelebihan Hari Jumaat

    banner kh 468x60 Kelebihan Hari Jumaat

    468x60 Kelebihan Hari Jumaat

    pixel Kelebihan Hari Jumaat
    Kongsi Dengan Sahabat Anda!
      You can leave a response, or trackback from your own site.

      Leave a Reply

      CommentLuv badge

       Powered by Max Banner Ads 
      Powered by WordPress | Palm Pre Reviews at Palm Pre Blog. | Thanks to Juicers, Free MMO and Fat burning furnace



      Name
      Email

      Maklumat anda adalah RAHSIA. Anda boleh "unsubscribe" pada bila-bila masa sahaja.