Timun ada pelbagai khasiat & penawar. Kebanyakan org suka memakannya kerana ia dianggap dapat menyejukkan badan. Sebenarnya timun kaya dgn kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C.
Berdasarkan kandungannya tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dlm darah kita.
Jika mengalami sembelit, ia dapat diatasi dengan mengamalkan makan timun setiap hari. Kandungan jus di dalam timun amat mujarab untuk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus dicampurkan dengan perahan lobak merah & saderi, ia dpt mengatasi masalah pusingan asid spt gout, reumatik & artritis. Bijinya pula kaya potasium. Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.
Selain itu, perahan airnya juga boleh merawat kudis. Untuk mendptkan kesan mujarab, perahan timun boleh dicampur dgn jus lobak & salad. Parutan timun juga boleh digunakan utk rawatan kecantikan spt masalah jerawat. Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pd seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.
Selain itu timun juga dapat menghilangkan masalah bau badan. Ambil sebiji timun muda & kupas kulitnya. Cuci & gosokkan pada bahagian badan yang sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi.
Kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dgn menggunakan timun. Caranya, parut timun & ambil air perahan timun & gaul dgn tepung jagung. Sapu ke seluruh muka pada setiap malam sebelum tidur.
Kita juga boleh mengatasi masalah panas badan dgn timun. Kikis sebiji timun dengan menggunakan garpu supaya berjurai. Boleh juga dikisar sehingga halus. Buat sbg bahan minuman dgn mencampurkannya bersama gula & garam. Kacau hingga sebati & simpan dlm peti sejuk. Kemudian minum setiap pagi, petang & malam.
- www.anizyn.blogspot.com
Incoming search terms:
- kelebihan memakan timun
- khasiat timun jepun





Proudly hosted at
One Response to "Khasiat Timun"