Powered by Max Banner Ads 

Kebaikan Susu Lembu

 Kebaikan Susu LembuMemang diakui susu lembu tidaklah sebaik dan sebagus susu kambing. Tetapi ia juga tidak kurang khasiatnya.

Satu lagi, susu lembu juga sama sekali tidak boleh menggantikan kebaikan dan keunggulan yang dipunyai oleh susu ibu. Tiada yang sebaik susu ibu di dunia dan akhirat.

Bukan sahaja memiliki segala zat yang diperlukan untuk tumbesaran tetapi juga menyalurkan naluri dan kemausiaan yang tidak ada pada apa jua susu gantian yang lain.

Setelah menyimpan itu ke dalam minda, ayuh kita baca senarai pendek kebaikan susu lembu..

Teheran Bakal Menghasilkan Dron

 Teheran Bakal Menghasilkan DronTEHERAN: Seorang komander tentera Iran berkata, Republik Islam itu sedang membina pesawat tanpa juruterbang berdasarkan model keluaran Amerika Syarikat yang ditawan Disember tahun lalu.

Jeneral Amir Ali Hajizadeh juga mendedahkan “kod” yang berjaya diperoleh dari pesawat berkenaan.

“Saya memberikan anda empat kod supaya AS memahami sejauh mana kami berjaya menerobos rahsia pesawat itu,” katanya.

Menurut Ketua Bahagian Angkasa Pengawal Revolusi Iran itu, pada Oktober 2010 pesawat berkenaan dihantar ke California atas masalah teknikal dan dibaik pulih.

Inilah Lintah Yang Masuk Dalam Dubur Farhan Adli

 Inilah Lintah Yang Masuk Dalam Dubur Farhan AdliKOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

Garrett McNamara Meluncur Ombak Terbesar

 Garrett McNamara Meluncur Ombak TerbesarHONOLULU, Amerika Syarikat (AS) – Seorang peluncur ombak dari Haleiwa, Hawaii, Garrett McNamara meluncur ombak tertinggi di dunia.

McNamara ‘menakluki’ ombak setinggi 24 meter itu di Praia do Norte, Portugal pada 1 November tahun lalu.

Menurut seorang jurucakap rekod dunia Guinness World Records, satu panel bebas mendapati imej dan rakaman video McNamara meluncur ombak tersebut adalah tulen.

– Reuter

Adab Seorang Isteri Dengan Suami

 Adab Seorang Isteri Dengan Suami Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.

Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.

Samsung Galaxy S Advance

samsung galaxy s advance official 0 Samsung Galaxy S AdvanceHarga Samsung Galaxy S Advance Di Malaysia boleh didapati pada harga RM1299.

Samsung GALAXY S Advance hadir bersama skrin bersaiz 4.0″ Super AMOLED yang menawarkan kualiti visual memberangsangkan sepertimana terdapat dalam rangkaian GALAXY yang lain.

Dengan variasi warna yang ada, dibantu dengan kamera 5MP. Dikuasakan dengan Dual-Core Processor, 1.0 GHz serta sambungan HSPA 14.4 Mbps, Samsung GALAXY S Advance dibina berdasarkan pertimbangan kuasa dan kepantasan, menghasilkan antaramuka pengguna yang versatil dan beresponsif tinggi.

Pengguna juga dapat menikmati penggunaan aplikasi yang lebih laju dari sebelum ini dan peralihan antara aplikasi juga tidak memerlukan masa yang lama. Juga dipertingkatkan ialah masa untuk melayari internet.

Suspek Kes Culik Nayati Diberkas

 Suspek Kes Culik Nayati DiberkasEmpat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 27 April lepas berjaya ditangkap manakala dua perancang utama kes itu dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dalam sidang akhbar hari ini, berkata lima suspek berumur antara 18 hingga 40 tahun itu direman selama 14 hari bermula semalam.

Hasil tangkapan itu, polis menemui semula sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar keluarga Nayati kepada suspek, katanya.

Motosikal Harley-Davidson Hanyut Ditemui Di Kanada

 Motosikal Harley Davidson Hanyut Ditemui Di KanadaTOKYO – Media Jepun melaporkan sebuah motosikal Harley-Davidson yang hilang semasa tsunami melanda di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu telah ditemui di Pulau Graham, Kanada pada 18 April lalu selepas dihanyutkan sejauh 6,400 kilometer (km).

Motosikal itu ditemui seorang lelaki, Peter Mark dalam sebuah kontena putih tempat ia disimpan oleh pemiliknya, Ikuo Yokoyama.

Stesen televisyen Jepun, Fuji TV melaporkan semalam bahawa pemilik motosikal berkenaan dikesan melalui nombor plat kenderaan tersebut.

“Tidak syak lagi, ia motosikal saya. Ia satu keajaiban,” kata Yokoyama kepada stesen televisyen Nippon TV apabila dia melihat gambar motosikal tersebut.

Bukan Sahaja BBC NEWS, Astro Turut Didakwa Tapis Berita Al Jazeera

 Bukan Sahaja BBC NEWS, Astro Turut Didakwa Tapis Berita Al JazeeraRangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 lalu didakwa telah ditapis.

Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibu pejabat Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.

“Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia,” katanya.

Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar “peraturan kandungan tempatan”.

Directory Submission Services
 Powered by Max Banner Ads 
Powered by WordPress | Palm Pre Reviews at Palm Pre Blog. | Thanks to Juicers, Free MMO and Fat burning furnace